,

,
4/06/2010 10:03:00 PTG

"ASEAN WOMEN BAZAR"

Posted by KUP 09/11



Pada 4 April 2010 bersamaan hari ahad, ASEAN WOMEN CLUB telah mengadakan 1 megabazar yang diadakan di Royale Rodale, Defence, Karachi. Asean Women Bazar yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 5 petang itu telah dihadiri oleh semua negara-negara Asean di Karachi seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, China, Iran & Pakistan yang turut sama mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Asean Women Bazar telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian :-



1. Permainan kanak-kanak.
2. Jualan barangan tradisi tempatan.
3. Jualan makanan tradisi dari negara masing-masing.


Pihak KUP tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi mencari dana untuk menjanakan program kelab yang bakal dijalankan pada masa akan datang. KUP telah mengambil bahagian bersama Puan penasihat dibahagian makanan tradisi Malaysia. Encik Rizal selaku penolong peribadi Konsul Jeneral Malaysia mengambil bahagian di barangan tradisi melayu iaitu kain dan baju batik Malaysia. Manakala Puan Aini pula telah mengambil bahagian bersama Madam Jenny dan Madam Yasmin bagi makanan tradisi China. Inilah semangat 1 Malaysia yang telah kami pupukan di Karachi ini.










Tepat jam 12 tengah hari majlis bermula dan telah dibajiri dengan para pengunjung yang hadir berpusu-pusu untuk membeli belah sambil menikmati hidangan-hidangan tradisi dari pelbagai negara-negara Asia tenggara yang amat jarang didapati di Pakistan ini.



Pihak KUP dan Puan penasihat telah menjual 9 jenis makanan tradisi Malaysia iaitu satay dan kuah kacang, mee kari, kuih sagu, kacang botak, air soya, nasi lemak, nasi ayam, cucur kodok dan keropok ikan. Semua makanan tradisi Malaysia telah dapat menarik perhatian para pelanggan dan amat digemari oleh semua pendatang sama ada Asean, Arab maupun Amerika. Pelanggan-pelanggan yang mengecapi makanan tradisi tersebut amat terpesona dengan makanan tradisi dari Malaysia terutama sekali satay dan kuah kacang Malaysia.



Majlis terus berlangsung selama 5 jam. tepat jam 5 petang semua penjual bersiap-siap mengemas barang untuk pulang. Rata-rata semua para hadirin dan penjual berpuas hati dengan majlis megabazar tersebut.