,

,
5/22/2011 01:00:00 PTG

HARI KELUARGA MALAYSIA 2011

Posted by KUP 09/11


Pada hari Ahad bersamaan 15 Mei 2011, KUP telah mengadakan sukaneka bersempena Hari Keluarga Malaysia 2011 di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi Pakistan. Pada asalnya kami ingin menyewa padang untuk mengadakannya tetapi setelah berbincang mengenai lokasi, kami menerima idea Encik Lukman Sayuti iaitu Konsul Muda di Konsulat Jeneral Malaysia untuk mengadakannya di Konsulat Jeneral Malaysia sahaja. Ternyanta ia idea yang sangat baik sekali kerana memudahkan persiapan dan kerja-kerja penyelenggaraan dan memudahkan juga rakyat Malaysia di sini untuk hadir kerana mereka semua mengetahui dengan baik sekali lokasi Konsulat Jeneral Malaysia di sini.



7.00 pagi pendaftaran dibuka. Ia dibuka untuk memudahkan kerja-kerja pembahagian permainan kerana permainan dibahagikan mengikut 4 kategori iaitu :

1) Kanak-kanak (lelaki & wanita)
2) Remaja (lelaki & wanita)
3) Dewasa (wanita)
4) Dewasa (lelaki)

Bagi setiap kategori, KUP menyediakan 2 permainan. AlhamduLILLAH, seramai 52 orang telah datang memeriahkan Hari Keluarga ini walaupun bulan ini adalah bulan peperiksaan. Terima kasih pada semua yang sudi hadir meluangkan masa memeriahkan Hari Keluarga ini. Kesemua yang hadir AlhamduLILLAH dapat mengambil bahagian dalam permainan yang disediakan. Tahniah juga kepada Muhammad Khalid dan Mohd Khairul Anuar kerana telah menjaga kaunter pendaftaran dan membuat pembahagian dan percaturan dengan baik.




8.00 pagi, program dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh MC, merangkap Pengerusi KUP (Mohd Ali Hanafiah) dan Tuan Konsul Jeneral Malaysia (Encik Mohd Khalid). Sejurus itu, perasmian oleh Tuan konsul Jeneral (En Mohd Khalid), diiringi isterinya (Puan Aniza), Pengerusi KUP (Mohd Ali Hanafiah), Konsul Muda (En Lukman) dan insterinya (Puan Juliah). Setelah itu, semua yang hadir dijamu dengan sarapan roti sandwich ala Pakistan. Untuk makluman, roti sandwich itu bukan ditempah, ianya dibuat sendiri oleh AJK KUP.






8.30 pagi, acara pertama dimulakan iaitu dari kategori kanak-kanak. Cari gula-gula dalam tepung dan Bawa bola pingpong dalam sudu. Ramai dikalangan kanak-kanak yang kurang memahami keterangan dari MC dan terpaksa diberi keterangan kali kedua oleh ibu, bapa, abang atau kakak mereka. Walau bagaimanapun ia sangat meriah dengan suara jerit-perit penonton-penonton apatah lagi dengan wajah kanak-kanak yang mencuit hati penonton dengan tepung yang memenuhi muka mereka.





Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan kategori remaja. Acara yang dipertandingkan untuk kategori remaja adalah Lari dalam guni dan Lari bersama tayar. Oleh kerana remaja sangat sedikit, dengan persetujuan AJK dan juga peserta-peserta, kami mengambil 3 peserta yang telah berdaftar dalam kategori dewasa untuk bermain di dalam kategori remaja. Umur mereka bertiga ini adalah didalam lingkungan 18-19 tahun, iaitu setahun melebihi umur yang ditetapkan untuk kategori remaja iaitu 13-17 tahun. Beruntung mereka bertiga kerana berpeluang bermain di dalam 2 kategori iaitu kategori remaja dan kategori dewasa.









Seterusnya adalah kategori dewasa (lelaki dan wanita). Untuk kategori wanita permainan yang dipertandingkan adalah Baling bola pingpong dalam baldi. Peserta diberi 2 minit untuk memasukkan seberapa banyak yang boleh bola pingpong kedalam baldi tetapi tidak boleh memasukkan bola terus kedalam baldi sebaliknya melantunkan bola tersebut sebelum memasukkannya. Ini adalah acara yang paling diminati oleh semua, dengan sorakkan anak-anak serta suami menggamitkan dan memeriahkan suasana permainan. Acara kedua adalah Bowling padang, ianya dipertandingkan untuk dewasa (wanita) dan juga dewasa (lelaki) tetapi secara berasingan. KUP meletakkan Bowling padang untuk kedua-dua kategori kerana majoriti rakyat Malaysia di sini meminati sukan Bowling. Yang menariknya adalah kerana peserta dikehendaki membuat balingan menggunakan buah kelapa. Lain yang dituju lain pula yang kena. Acara yang kedua untuk dewasa (lelaki) pula adalah Lari bersama tayar.














Untuk permainan penutup, permainan secara berkumpulan diadakan. Tetapi ianya hanya terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa (lelaki) sahaja.Namun begitu, remaja (lelaki) diberi peluang untuk bermain bersama didalam acara berkumpulan dewasa (lelaki). Bagi kanak-kanak acara Membawa belon yang berisi air dan kepada dewasa (lelaki) pula acara Timbang bola takraw.







Lebih kurang 12.00 tengah hari permainan berakhir dan disusuli dengan penyampaian hadiah. KUP menjemput Encik Shah Irwan (CEO Malaysia Airlines di Pakistan) untuk menyampaikan hadiah bagi kategori kanak-kanak. Bagi kategori remaja pula, KUP menjemput Encik Lukman (Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia) untuk menyampaikan hadiah. Puan Aniza (isteri konsul Jeneral Malaysia) pula menyampaikan hadiah bagi kategori dewasa (wanita). Bagi kategori dewasa (lelaki) dan berkumpulan Encik Khalid (Konsul Jeneral Malaysia) dijemput untuk menyampaikan hadiah. Untuk cabutan bertuah bagi bayi dan keseluruhan, KUP menjemput Puan Penasihat KUP (Puan Haniza) untuk mencabut undi dan Tuan Konsul Jeneral menyampaikan hadiah. Sebelum bersurai KUP menjamu semua yang hadir dengan hidangan nasi lemak. Nasi lemak ini dimasak oleh Puan Juliah bersama-sama (AJK KUP).


Akhir kata, setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK KUP yang bertungkus-lumus menjayakan program ini iaitu Mohd Ali Hanafiah (Pengerusi KUP) selaku MC, Abdul Rahman (Penolong Setiausaha KUP), Habiburrahman (Bendahari KUP) dan Mohd Hashim selaku pengadil serta Mohd Khairul Anuar (Setiausaha KUP) dan Muhammad Khalid (Biro Agama)selaku penjaga kaunter pendaftaran. Terima kasih juga kepada Encik Lukman dan isterinya Puan Juliah serta keluarga yang banyak memberi bantuan. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada Puan Penasihat KUP (Puan Haniza) dengan nasihat, dorongan serta buah fikiran yang diberi. Semoga ALLAH membalas jasa baik anda semua. Ameeen...