Sabtu,7 April 2012, KUP mengadakan program Berkelah di Pantai Halksbay Karachi sempena cuti selepas peperiksaan. Ini adalah program yang pertama KUP anjurkan pada tahun ini. Maklumlah, semua sibuk dengan pelajaran masing-masing sehinggakan tiada waktu yang dapat diluangkan untuk merapatkan hubungan silarurrahim diantara pelajar-pelajar Malaysdia di Karachi ini. Dengan perantaraan KUP inilah dapat bersama-sama mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia sambil bersantai dan bersuka ria.
5.00 petang waktu Pakistan, kami bertolak menaiki 2 buah van Jamiah ke lokasi. Kami menyewa sebuah rumah yang betul-betul di tepi pantai. Program dimulakan setelah solat maghrib secara berjemaah yang di imami oleh Ustaz Mohd Ali Hanafiah dengan membakar BBQ.
Setelah itu, semua membuat hal masing-masing. Ada yang berjalan-jalan di tepi pantai mengambil angin malam, berbual-bual, melayan lagu dan sebagainya. Malam itu semuanya tidur agak lewat kerana semua dah terbiasa tidak tidur malam dimalam peperiksaan. Walau bagaimana, pun kami bergilir-gilir berjaga malam supaya tiada barang atau duit yang hilang kerana harus diningat, ini adalah Pakistan dan bukanlah Malaysia.
5.00 pagi waktu Pakistan, kami bangun dan solat subuh secara berjamaah. Kami membuat 2 jemaah, satu jemaah diimami oleh Ustaz Muslim Hashim dan satu lagi diimami oleh Ustaz Mohd Ali Hanafiah. Setelah selesai sembahyang, semua menukar pakaian serta bersiap-siap dan turun ke pantai menikmati angin pagi sambil menunggu langit agak cerah untuk mandi dan bermain bola sepak pantai manakala Ustaz Hashim dan rakan-rakan sibuk menyediakan sarapan pagi yang dipanggil "nashta" didalam bahasa urdu bersama rakan-rakannya. Lebih urang pukul 6.15 pagi waktu Pakistan, kami mula bermain bola sepak pantai secara bergilir-gilir. Maklumlah semuanya mempunyai tenaga yang dah expired, setahun 2,3 kali bermain bola sepak. Itu pun jika ada program sebegini dan mujurlah ada KUP yang dapat juga mengadakan program sebegini bagi mengeratkan hubungan selaturrahim sesama Malaysia dan mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.