,

,
5/23/2012 10:35:00 PTG

BERKELAH SELEPAS PEPERIKSAAN

Posted by KUP 09/11

        Sabtu,7 April 2012, KUP mengadakan program Berkelah di Pantai Halksbay Karachi sempena cuti selepas peperiksaan. Ini adalah program yang pertama KUP anjurkan pada tahun ini. Maklumlah, semua sibuk dengan pelajaran masing-masing sehinggakan tiada waktu yang dapat diluangkan untuk merapatkan hubungan silarurrahim diantara pelajar-pelajar Malaysdia di Karachi ini. Dengan perantaraan KUP inilah dapat bersama-sama mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia sambil bersantai dan bersuka ria.


5.00 petang waktu Pakistan, kami bertolak menaiki 2 buah van Jamiah ke lokasi. Kami menyewa sebuah rumah yang betul-betul di tepi pantai. Program dimulakan setelah solat maghrib secara berjemaah yang di imami oleh Ustaz Mohd Ali Hanafiah dengan membakar BBQ.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana masing-masing memberikan komitmen yang baik dengan bergilir-gilir membakar ayam dan sembahyang isyak secara berjemaah. Tidaklah meninggalkan seorang sahaja membakar ayam dan membuat hal masing-masing. Inilah semangat yang harus dipupuk sesama Malaysia yang berada jauh dirantau orang. Dalam lingkungan 11.30 malam, setelah selesai membakar bbq kami menjamu selera secara berjemaah didalam talam. Makanan yang disediakan adalah nasi putih, kuah kacang, sayur kobis dan ayam bbq. Walaupun ianya agak simple tetapi sedap dan memuaskan semua orang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Hashim dan rakan-rakan ahli KUP yang mengambil tanggungjawab memasak dan menyediakan makanan dengan cukup baik sekali.


Setelah itu, semua membuat hal masing-masing. Ada yang berjalan-jalan di tepi pantai mengambil angin malam, berbual-bual, melayan lagu dan sebagainya. Malam itu semuanya tidur agak lewat kerana semua dah terbiasa tidak tidur malam dimalam peperiksaan. Walau bagaimana, pun kami bergilir-gilir berjaga malam supaya tiada barang atau duit yang hilang kerana harus diningat, ini adalah Pakistan dan bukanlah Malaysia.

5.00 pagi waktu Pakistan, kami bangun dan solat subuh secara berjamaah. Kami membuat 2 jemaah, satu jemaah diimami oleh Ustaz Muslim Hashim dan satu lagi diimami oleh Ustaz Mohd Ali Hanafiah. Setelah selesai sembahyang, semua menukar pakaian serta bersiap-siap dan turun ke pantai menikmati angin pagi sambil menunggu langit agak cerah untuk mandi dan bermain bola sepak pantai manakala Ustaz Hashim dan rakan-rakan sibuk menyediakan sarapan pagi yang dipanggil "nashta" didalam bahasa urdu bersama rakan-rakannya. Lebih urang pukul 6.15 pagi waktu Pakistan, kami mula bermain bola sepak pantai secara bergilir-gilir. Maklumlah semuanya mempunyai tenaga yang dah expired, setahun 2,3 kali bermain bola sepak. Itu pun jika ada program sebegini dan mujurlah ada KUP yang dapat juga mengadakan program sebegini bagi mengeratkan hubungan selaturrahim sesama Malaysia dan mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.



7.45 pagi, semua dipanggil untuk sarapan pagi. Sarapan yang disediakan adalah teh yang dipanggil "chai" didalam bahasa urdu dan roti serta halwa. Halwa adalah sejenis makanan Pakistan yang agak manis sepeti manisan dan ianya dimakan khusus pada waktu pagi oleh orang Pakistan. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada Ustaz Hashim dan rakan-rakan yang sanggup mengorbankan masa dikala rakan-rakan lain bersuka ria semata-mata untuk melihat rakan-rakan lain gembira. Selesai sahaja makan, semua bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan menyimpan barang ke dalam van sebelum pulang ke Jamiah. Walaupun masa bejalan begitu cepat sehingga kami sendiri berasa tidak cukup, namun begitu, perasaan puas zahir terpampang diwajah semua. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha keras dalam menjayakan program ini. Diharap dengan sambutan dan sokongan dari semua pihak, kita akan dapat menjalankan program seperti ini lagi di masa yang akan datang.



5/23/2012 01:51:00 PTG

Mesyuarat Ahli-ahli KUP

Posted by KUP 09/11

         3 Februari 2012, KUP mengadakan mensyuarat bersama ahli-ahli Kelab setelah sekian lama tidak mengadakan mesyuarat. Ini adalah mensyuarat kali pertama tahun ini dan juga mesyuarat pertama selepas kembalinya wakil kelab daripada Perhimpunan Agong UMNO di PWTC Malaysia.
       
          Setelah solat maghrib, lebih kurang 7.30 malam waktu Pakistan, sumua ahli-ahli Kelab berkumpul di Arena Kelab, Karsas karachi untuk bermain bowling bersama-sama semua ahli kelab. Sangat meriah suasana ketika itu kerana sudah lama ahli-ahli kelab tidak berkumpul bersama-sama untuk enjoy dan bersantai-santai sambil sembang-sembang isu semasa Pakistan, isu semasa UMNO Malaysia, peajaran dan sebagainya.


             10.00 malam, selesai permainan bowling, semua ahli kelab ke masjid berdekatan untuk solat isyak. Setelah itu kami bertolak ke Usmaniah Restoran untuk menjamu selera dan bermenyuarat. Buat pertamanya kali kami bertolak beramai-ramai menaiki lori yang lebih masyhur dengan nama SUZUKI di Pakistan kerana malam itu kami tidak mendapati teksi untuk ke sana. Walau bagaimanapun ianya adalah pengalaman yang menarik bersama rakan-rakan kelab.


             10.30 mlm, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fuad selaku Naib Pengerusi KUP. Antara agenda-agenda yang dibicarakan adalah tentang kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di PWTC Malaysia yang diwakili oleh saudara Mohd Ali Hanafiah selaku Pengerusi KUP dan pembentangan acara-acara tahunan yang bakal dilaksanakan dan diusahakan oleh ahli-ahli Kelab. Hampir satu jam mesyuarat dijjalankan, kami menjamu selera selepas pengakhiran mesyuarat. Doa penutup dan doa makan pula dibacakan oleh Ustaz Mohd Khairul Anuar selaku Naib Setiausaha KUP.