,

,
7/11/2009 09:12:00 PTG

UCAPAN RASMI PENGERUSI KELAB UMNO PAKISTAN

Posted by KUP 09/11


Kata-kata aluan daripada Pengerusi Kelab Umno Pakistan :

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. akan nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga telah diberikan kepada kita semua tanpa sebarang bayaran melainkan mentaati-Nya serta mengikuti sunnah nabiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat serta keluarga dan keturunannya. Saya selaku Pengerusi Kelab Umno Pakistan ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke blog rasmi kami. Dengan sukacitanya saya melancarkan laman web rasmi ini supaya dapat berkongsi pengalaman, idea dan manfaat bersama rakan-rakan di Malaysia mahupun di luar negara mengenai program-program kami. Kami, Kelab Umno Pakistan berikrar bahawa akan melaksanakan semua tugas-tugas dengan sebaik mungkin demi kepentingan dan kebajikan pelajar serta rakyat Malaysia di Pakistan. Semoga niat yang baik ini diterima oleh Allah S,W,T. dan minta dijauhi dari segala keburukan, Insya-Allah.
sekian,
Wassalam.

7/10/2009 05:36:00 PG

MAJLIS SUAI KENAL DAN RAMAH MESRA AJK-AJK BARU KUP BERSAMA AHLI

Posted by KUP 09/11







Perjumpaan AJK tertinggi dan AJK-AJK baru bersama ahli KUP telah diadakan bertempat di Restoran Al-Madina Sarapgot,North Karachi pada jam 8 malam, 2hb Julai 2009.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pucuk pimpinan yang baru kepada setiap ahli. Selepas seminggu perlantikan baru, satu mesyuarat tergempar telah diadakan bertempat di GULF HOTEL. Upacara majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengerusi KUP yang baru sahaja dilantik. Dalam ucapan beliau telah menekankan supaya AJK - AJK serta ahli sentiasa peka akan perkembangan kelab dan sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain. Beliau juga telah membentangkan beberapa perkara penting demi kemajuan dan keutuhan kelab. Selepas ucapan Pengerusi KUP, seterusnya Bendahari yang baru dilantik telah membentangkan belanjawan dan baki wang yang dimiliki oleh kelab. Selepas itu disusuli pula penerangan ringkas mengenai Kelab Umno Pakistan yang baru yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Asri selaku Biro Penerangan. Majlis di akhiri dengan beramah mesra diantara AJK - AJK baru bersama ahli-ahli dan di ikuti jamuan yang telah di sediakan.

7/10/2009 04:29:00 PG

PERJUMPAAN KUP BERSAMA KONSULAT GENERAL MALAYSIA KARACHI

Posted by KUP 09/11


Majlis perjumpaan diantara AJK - AJK KUP bersama pegawai-pegawai Konsulat General Malaysia Karachi telah diadakan pada 9hb Julai 2009 jam 9 malam bertempat di Konsulat General Malaysia Karachi.Majlis dihadiri oleh semua AJK - AJK KUP yang baru.Manakala En.Lukman Sayuti(Vice Consul),En.Khalid Abdul Rahman(Consular & Immigration)dan En.Mohd. Rizal Yusof(Personal Assistant to Consul General)merupakan wakil dari Konsulat General Malaysia Karachi yang telah turut sama hadir di majlis tersebut.



Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa serta diikuti ucapan daripada Pengerusi KUP. Di dalam ucapannya beliau telah mengemukakan beberapa agenda penting yang menekankan mengenai kebajikan, kepentingan dan juga masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Pakistan.Antara agenda-agenda yang telah dikemukan oleh beliau ialah berkenaan masalah visa dan juga keselamatan pelajar-pelajar disini. Beliau juga telah membentangkan maklumat-maklumat terbaru mengenai program-program yang akan dijalankan dan butir-butiran pucuk pimpinan KUP yang baru. Selain itu juga, beliau selaku Pengerusi KUP yang baru,amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberi oleh pihak Konsulat General Malaysia Karachi selama ini. Beliau berharap supaya hubungan diantara KUP bersama pihak Konsulat sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T
Alhamdulillah, segala Cadangan dan pandangan yang telah dikemukan oleh Pengerusi KUP telah disambut baik oleh En.Lukman dalam ucapan beliau serta pegawai-pegawai yang lain. Pihak Konsulat juga menekankan agar konsep "SATU MALAYSIA" diterapkan didalam apa juga usaha, kerja mahupun dalam diri setiap individu warga Malaysia di Pakistan sama ada AJK-AJK KUP, ahli-ahli dan kakitangan disini. Beliau juga berkata, Pihak Konsulat akan sentiasa menyokong dan membantu sebaik mungkin bagi melaksanakan program-program yang akan dijalankan oleh KUP demi kebajikan, kebaikan dan kepentingan pelajar-pelajar dan juga rakyat Malaysia yang berada di Pakistan khususnya di Karachi.Majlis diteruskan dengan sesi dialog diantara AJK-AJK dan pegawai-pegawai dari pihak Konsulat. Majlis diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr dan jamuan ringkas yang telah disediakan oleh pihak Konsulat.