,

,
8/21/2009 03:53:00 PTG

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Posted by KUP 09/11



KUP mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KULN, warga KUP dan semua ummat islam tidak kira berada dimana,semoga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t ameeen.

**Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

**Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.





Perjumpaan Majlis tertinggi KUP bersama En. Mohd Idris Abu Nawas ( Counsellor High Commission of Malaysia ) diadakan sempena majlis suai kenal diantara beliau dan AJK-AJK tertinggi Kelab Umno Pakistan yang telah diadakan pada hari sabtu, 8 Ogos 2009 bertempat di Yung Tung Restoran jam 8 malam. Majlis dihadiri oleh En. Mohd Idris Abu Nawas bersama isteri. Manakala wakil AJK tertinggi KUP pula dihadiri oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan turut ditemani oleh AJK Biro bahagian sukan.

Beliau telah memberi sokongan yang positif pada kepimpinan KUP yang baru. Di samping itu beliau turut memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya kepimpinan baru KUP lebih peka terhadap ahli-ahli serta warga Malaysia, khususnya kepada para pelajar yang berada di Pakistan dan melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

KUP amat menghargai di atas kesudian beliau untuk sama-sama berganding bahu dalam memantau dan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar serta memastikan kebajikan para pelajar dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

8/07/2009 02:05:00 PG

+++NISFU SYAABAN+++

Posted by KUP 09/11


HURAIAN DAN PENGERTIAN SYAABAN.



1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

8/04/2009 09:11:00 PTG

PERLANTIKAN PENGERUSI BARU KULN

Posted by KUP 09/11

TAHNIAH DAN SYABAS

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2009 - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perlantikan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang baru iaitu YB DATO' AHMAD SHABERY CHEEK yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan serta Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara.

Kami Kelab Umno Pakistan menyambut baik dan berbangga dengan perlantikan itu dan diharapkan wadah perjuangan KULN terus dipertingkatkan untuk membawa kegemilangan dan perpaduan yang jitu di kalangan kelab, para pelajar dan warga Malaysia di seluruh dunia.

Semoga dengan perlantikan baru ini, KULN dan bersama-sama UMNO Malaysia dapat menjalankan tugas yang diamanahkan demi Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Dengan sokongan padu semua pihak serta kepimpinan YB DATO' AHMAD SHABERY CHEEK pula dapat kita memartabatkan lagi Kelab-Kelab UMNO serta merintis kejayaan cemerlang dalam semua bidang.