,

,


Sabtu, 5 disember 2009 seperti yang telah dijanjikn KUP telah menganjurkn 1 perlawanan bola persahabatan dengan semua warga Malaysia di Karachi bertempat di padang A.K.U Sports Centre, Karachi. Pada jam 8.45 pagi semua para hadirin dan peserta telah hadir. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Encik Lokman selaku ‘Vice Consul’ Karachi bersama anaknya Nabil dan anak ‘Consul Jeneral’ Karachi , Amir. Encik Shamsudin selaku warga Malaysia yang baru di Karachi turut hadir bersama 3 orang anaknya Nazif, Naim dan Nasrul bersama-sama mengambil bahagian menjadi peserta dalam perlawanan persahabatan bola sepak ini.




Tepat jam 9.00 pagi perlawanan dimulakan. Peserta telah dibahagikan dengan sama rata bersama ahli KUP kepada 2 team iaitu team Arsenal dan team Juventus. Perlawanan sengit yang berlangsung selama 45 minit itu diakhiri dgn seri 2-2 dan berhenti berehat bagi separuh masa pertama selama 15 minit.

Dalam masa rehat 15 minit tersebut saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP meminta Encik Lokman untuk memberi sepatah dua kata ucapan sebagai wakil dari Kedutaan Malaysia di Karachi yang hadir bagi menjayakan program ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada KUP kerana menganjurkan perlawanan persahabatan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakan semangat kesukanan bagi semua warga Malaysia di Karachi. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada semua para peserta yang menjayakan majlis ini. Dari majlis ini beliau berkata bahawa warga Malaysia di Karachi semuanya bersatu hati dalam apa jua program dan aktiviti yang dijalankan. Beliau sangat gembira kerana program yang jarang diadakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh KUP. Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti seperti ini dapat terus diadakan lagi bagi merapatkan ukhwah dan menyemarakkan semangat 1 Malaysia seperti yang sering di laungkan oleh Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.




Selepas 15 minit berlalu, perlawanan separuh masa kedua bermula. Semua peserta kembali memulakan perlawanan dengan lebih bersemangat dari ucapan yang telah diberikan oleh ‘vice consul’ sebentar tadi. Setelah 45 minit masa berlalu dan perlawanan persahabatan tersebut diakhiri dengan keputusan 5-2 dimenangi oleh team Arsenal.

Sesudah tamat perlawanan persahabatan tersebut, jamuan sarapan yang telah disediakan oleh KUP disantap oleh semua para hadirin dan peserta yang telah hadir pada majlis tersebut dengan rasa penuh muhibbah dan ukhwah diantara satu sama lain.

12/10/2009 09:55:00 PTG

MESYUARAT KUP BERSAMA AHLI KELAB

Posted by KUP 09/11

Pada malam kamis yang lepas bersamaan 3 November 2009 Kelab UMNO Pakistan telah mengadakan 1 mesyuarat bersama semua ahli kelab sesudah genap 4 bulan berada dibawah pimpinan KUP yang baru. Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Binoria, S.I.T.E, Karachi pada jam 7.30 malam. Majlis mesyuarat KUP itu telah dihadiri oleh semua AJK dan ahli KUP tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

Pembukaan majlis mesyuarat saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP telah membacakan doa pembukaan dan selanjutnya beliau menerangkan mengenai program-program yang telah KUP jalankan selama 4 bulan yang lalu. Beliau turut memberitahu tentang aktiviti-aktiviti bulanan yang akan dijalankan pada minggu selanjutnya iaitu perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi. Dalam masa yang sama beliau menerapkan nilai usaha dan kerjasama yang telah dipupuk oleh semua ahli moga sentiasa berpanjangan. Beliau merakamkan rasa amat berpuas hati dan berterima kasih pada semua AJK dan ahli KUP dengan pancapaian KUP dibawah pimpinan yang lebih jitu dan sistematik dimasa ini. Harapan beliau agar Kelab UMNO Pakistan akan lebih mantap dan maju di masa hadapan.


Lanjutan dari ucapan dan penerangan timbalan pengerusi KUP, saudara Mohd Faiz selaku bendahari KUP pula membentangkan belanjawan KUP dari bulan Julai hingga ke bulan Disember. Beliau telah menerangkan semua perbelanjaan yang telah dibuat pada aktiviti dan program-program yang telah dijalankan. Beliau turut menerangkan rangka belanjawan yang baru bagi perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi yang akan diadakan pada program yang akan datang.
Sesudah pembentangan belanjawan KUP saudara Ahmad Burhan salah seorang ahli KUP telah turut sama menyemak buku akaun KUP yang telah dicatit oleh bendahari KUP. Setelah selesai semua penerangan dan pembentangan majlis soal jawab dan ramah mesra antara AJK KUP dan ahli pula menyusul. Majlis mesyuarat di akhiri dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Asri selaku biro penerangan dan menyantap hidangan jamuan makan malam.

12/08/2009 03:08:00 PG

"PERLAWANAN BOWLING KUP BERSAMA AHLI KELAB"

Posted by KUP 09/11


3 Nov 2009 yang lalu KUP telah mengadakan 1 perlawanan bowling bagi semua AJK KUP dan ahli kelab bertempat di MARINA BOWLING CLUB, DEFENCE PHASE 51, KARACHI pada jam 4.00 petang. Majlis perlawanan tersebut dihadiri oleh semua AJK dan ahli KUP. Puan Haniza selaku puan penasihat KUP juga turut hadir pada hari perlawanan tersebut untuk memberi galakan dan sokongan padu atas program yang dijalankan.

Perlawanan bowling yang berlangsung selama 2 jam itu, telah dimenangi oleh saudara Abdul Rahman sebagai johan, manakala saudara Habiburrahman telah memenangi tempat yang kedua dan tempat ketiga dimenangi saudara Mohd Fuad selaku biro sukan KUP.

Sesudah tamat perlawanan, semua ahli dan AJK KUP bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dan sedia untuk pulang. Puan penasihat KUP yang turut sama hadir pada majlis tersebut melafazkan rasa berpuas hati dan gembira atas program yang dijalankan demi menyatukan ukhwah dan perpaduan diantara AJK KUP dan ahli kelab. Puan penasihat juga memberikan galakan dan sokongan supaya KUP sentiasa menjalankan program-program riadah seperti ini pada masa akan datang.

12/05/2009 02:32:00 PG

"SALAM AIDILADHA DARI KUP DIRANTAUAN"

Posted by KUP 09/11


Alhamdulillah di pagi yang hening pada 28 Nov yang lalu bersamaan 10 Zulhijjah 1430H sekali lagi bergema alunan takbir memuji kebesaran Allah S.W.T menandakan kebesaran pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s juga merupakan 1 perayaan yang disambut paling meriah bagi kami seluruh warga Malaysia di Pakistan.
Pada pagi hari tersebut semua pelajar dijemput untuk bertakbir dan solat Raya Aidiladha di Kedutaan Malaysia, Karachi. Setelah selesai solat, majlis jamuan yang telah disediakan oleh kaum-kaum ibu di Karachi disantap bersama oleh semua warga Malaysia yang hadir dengan penuh kesyukuran memperingati kebesaran Hari Raya Aidiladha.

Pada raya kedua bersamaan 11 Zulhijjah Puan Penasihat telah mengadakan sembelihan korban dan menjemput semua ahli KUP bergotong royong dan berkerja sama bagi menjayakan majlis rumah terbuka beliau di Defence, Karachi. Majlis tersebut dihadiri oleh semua ahli KUP dan juga kakitangan Kedutaan Malaysia, Karachi.

Pada raya keempat bersamaan 13 Zulhijjah bersamaan hari terakhir 'Ayamul Tashriq' Encik Lokman selaku 'Vice Consul' Malaysia, Karachi menjemput semua pelajar-pelajar datang ke majlis rumah terbuka beliau. Majlis berjalan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran sambil semua pelajar-pelajar dapat lebih beramah mesra&menjalikan ikatan bersama beliau sekeluarga.

Dikesempatan ini kami, semua ahli KUP menyusun 10 jari memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua warga Malaysia di seluruh Pakistan sama ada di Karachi maupon dimana jua.
Moga-moga Allah S.W.T sentiasa memelihara kesejahteraan kami. Amin.

12/04/2009 04:57:00 PTG

"JOM RIADAH BERSAMA KUP"

Posted by KUP 09/11

JOM BOLA!
TARIKH : 5 DIS 2009, SABTU
MASA PENDAFTARAN : 8.30 AM, 5 DIS 2009 SABTU.
(PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT BERSAMA SAUDARA NUZUL FAISAL)
TEMPAT : AKU SPORTS CENTRE, THE AGA KHAN UNIVERSITY, STADIUM ROAD P.O.BOX 35OO, KARACHI.

JOM BOWLING!
TARIKH : 3 DIS 2009, KHAMIS
MASA : 4.00 PM- 5.30 PM
TEMPAT : MARINA BOWLING CLUB, DEFENCE PHASE 51, KARACI

* UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAUDARA NUZUL FAISAL.

11/20/2009 06:40:00 PTG

'BBQ NIGHT' SAMBIL MELIHAT PENYU BERTELUR DAN BERMAIN BOLA PANTAI.

Posted by KUP 09/11


Satu program tahunan telah diadakan oleh Kelab UMNO Pakistan, iaitu berkelah dan bermalam dipantai sambil melihat penyu bertelur. Program tersebut diadakan bersama ahli KUP dan pelajar-pelajar disini. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menyemarakkan ukhwah sesama pelajar-pelajar disini.


Program tersebut telah Berjaya diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar karachi dan juga ahli KUP sekali gus adalah waktu dan bulan yang sesuai diadakan untuk melihat penyu bertelur.

Selepas selesai solat maghrib, aktiviti pertama yang kami jalankan disana ialah 'BBQ NIGHT' iaitu memanggang ayam bagi menikmati juadah makan malam. Semua pelajar dan ahli KUP bergotong-royong membuat persiapan makan malam. Selesai sahaja makan malam kami berehat sambil menyirup udara nyaman di pinggir pantai sambil berbual-bual sebelum operasi seterusnya dijalankan iaitu melihat penyu bertelur.



Tepat pada jam 12.00 malam adalah waktu yang sesuai untuk melihat penyu bertelur kerana waktu itu adalah waktu yang lazim penyu akan naik mendarat di tepi pantai untuk bertelur, kami menghabiskan masa kira-kira 4 jam untuk mencari dan melihat penyu bertelur.

Disebelah pagi pula, sebelum berangkat pulang, aktiviti bermain bola pantai telah diadakan. Kami mengambil masa kira-kira 30 minit bagi aktiviti bola pantai. Sesudah tamat semua program yang dijalankan, kami semua pulang ke destinasi masing-masing dengan perasaan penuh gembira.

Alhamdulillah dengan program sebegini insyAllah hubungan ukhwah di antara semua pelajar dan warga Malaysia disini dapat dijalinkan dengan lebih erat di masa hadapan.

11/20/2009 02:41:00 PG

'Pakistan Alert'

Posted by KUP 09/11



Pihak KUP disini ingin mengambil kesempatan bagi memperingatkan pada semua ahli warga Malaysia di Pakistan, supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan yang sedang dialami sekarang kerana situasi di Pakistan kini kurang memuaskan dan terdapat perbagai aktiviti ancaman yang dilakukan oleh pihak yang tidak berperi kemanusian.

Pihak Kedutaan Malaysia di Karachi juga sering memperingati semua warga Malaysia di sini terutama bagi kami, pelajar-pelajar supaya tidak lalai maupun cuai dalam menjalani kehidupan harian kami. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati selalu dalam apa jua yang dijalankan pada setiap masa.

Moga-moga Allah S.W.T akan sentiasa menjaga kami semua, selamat di dunia dan akhirat.

Amin.

10/04/2009 06:39:00 PTG

Jamuan Aidilfitri KUP 09'

Posted by KUP 09/11







Pada sabtu, 3 OKT. 2009 bersamaan 13 syawal 1430 hijrah, jamuan Aidilfitri Kelab UMNO Pakistan 09' telah diraikan bersama ahli-ahli KUP, pegawai-pegawai Konsulat Malaysia serta warga Malaysia yang bermastautin di sini. Bertempat di Salt N' Pepper Village, dan jamuan bermula dari jam 8.30 pm sehingga 10.30 pm. Alhamdulillah jamuan yang dijalankan telah disambut dengan meriah.

Sehubungan itu, sebelum jamuan dimulakan, Saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan Pengerusi telah menyampaikan sepatah dua kata dan di ikuti bacaan doa oleh Biro Agama KUP. Jamuan diteruskan dengan menikmati juadah yang telah disediakan.

Dengan kesempatan ini, Kelab UMNO Pakistan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat Kelab UMNO Luar Negara dan seluruh rakyat Malaysia.Akhir kata, doakanlah kejayaan kami di perantauan ini. Ameeen.

9/16/2009 12:54:00 PG

SOLAT TERAWIH BERSAMA PUAN PENASIHAT ( KUP )

Posted by KUP 09/11






Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Puan Penasihat Kelab Umno Pakistan Puan Haniza Chinoy bersama suaminya Tuan Riyaz Towfiq Chinoy telah mengadakan solat terawih sepanjang bulan ramadhan bersama ahli-ahli KUP dan warga Malaysia yang berada di Pakistan. Puan Penasihat dan suaminya menitik beratkan malam-malam yang ganjil diakhir bulan Ramadhan. Maka dengan itu majlis pada 15 september 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 hijrah adalah tarikh khas yang ditentukan oleh beliau sempena hari yang ganjil, moga-moga ditemukan kami pada malam Lailatul Qadar Amin. Dengan kerjasama beliau majlis yang amat bermakna dibulan Ramadhan ini telah dihadiri oleh sebilangan ahli-ahli KUP, warga Malaysia serta ahli keluarga beliau yang terdekat.
KUP amat berbesar hati dan amat berterima kasih diatas pendekatan dan perhatian beliau terhadap pelajar-pelajar yang berada disini. Dengan adanya majlis sebegini mudah-mudahan akan mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar-pelajar juga warga Malaysia yang berada disini. KUP mendoakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dibawah rahmat Allah S.W.T.

KUP menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kesilapan kami.
"terima kasih daun keladi,jika sudi jemputlah kami lagi "

Akhir kata dari kami KUP mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, salam perantauan dari KUP.

8/21/2009 03:53:00 PTG

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Posted by KUP 09/11



KUP mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KULN, warga KUP dan semua ummat islam tidak kira berada dimana,semoga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t ameeen.

**Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

**Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.





Perjumpaan Majlis tertinggi KUP bersama En. Mohd Idris Abu Nawas ( Counsellor High Commission of Malaysia ) diadakan sempena majlis suai kenal diantara beliau dan AJK-AJK tertinggi Kelab Umno Pakistan yang telah diadakan pada hari sabtu, 8 Ogos 2009 bertempat di Yung Tung Restoran jam 8 malam. Majlis dihadiri oleh En. Mohd Idris Abu Nawas bersama isteri. Manakala wakil AJK tertinggi KUP pula dihadiri oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan turut ditemani oleh AJK Biro bahagian sukan.

Beliau telah memberi sokongan yang positif pada kepimpinan KUP yang baru. Di samping itu beliau turut memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya kepimpinan baru KUP lebih peka terhadap ahli-ahli serta warga Malaysia, khususnya kepada para pelajar yang berada di Pakistan dan melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

KUP amat menghargai di atas kesudian beliau untuk sama-sama berganding bahu dalam memantau dan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar serta memastikan kebajikan para pelajar dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

8/07/2009 02:05:00 PG

+++NISFU SYAABAN+++

Posted by KUP 09/11


HURAIAN DAN PENGERTIAN SYAABAN.



1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

8/04/2009 09:11:00 PTG

PERLANTIKAN PENGERUSI BARU KULN

Posted by KUP 09/11

TAHNIAH DAN SYABAS

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2009 - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perlantikan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang baru iaitu YB DATO' AHMAD SHABERY CHEEK yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan serta Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara.

Kami Kelab Umno Pakistan menyambut baik dan berbangga dengan perlantikan itu dan diharapkan wadah perjuangan KULN terus dipertingkatkan untuk membawa kegemilangan dan perpaduan yang jitu di kalangan kelab, para pelajar dan warga Malaysia di seluruh dunia.

Semoga dengan perlantikan baru ini, KULN dan bersama-sama UMNO Malaysia dapat menjalankan tugas yang diamanahkan demi Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Dengan sokongan padu semua pihak serta kepimpinan YB DATO' AHMAD SHABERY CHEEK pula dapat kita memartabatkan lagi Kelab-Kelab UMNO serta merintis kejayaan cemerlang dalam semua bidang.

7/11/2009 09:12:00 PTG

UCAPAN RASMI PENGERUSI KELAB UMNO PAKISTAN

Posted by KUP 09/11


Kata-kata aluan daripada Pengerusi Kelab Umno Pakistan :

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. akan nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga telah diberikan kepada kita semua tanpa sebarang bayaran melainkan mentaati-Nya serta mengikuti sunnah nabiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat serta keluarga dan keturunannya. Saya selaku Pengerusi Kelab Umno Pakistan ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke blog rasmi kami. Dengan sukacitanya saya melancarkan laman web rasmi ini supaya dapat berkongsi pengalaman, idea dan manfaat bersama rakan-rakan di Malaysia mahupun di luar negara mengenai program-program kami. Kami, Kelab Umno Pakistan berikrar bahawa akan melaksanakan semua tugas-tugas dengan sebaik mungkin demi kepentingan dan kebajikan pelajar serta rakyat Malaysia di Pakistan. Semoga niat yang baik ini diterima oleh Allah S,W,T. dan minta dijauhi dari segala keburukan, Insya-Allah.
sekian,
Wassalam.

7/10/2009 05:36:00 PG

MAJLIS SUAI KENAL DAN RAMAH MESRA AJK-AJK BARU KUP BERSAMA AHLI

Posted by KUP 09/11







Perjumpaan AJK tertinggi dan AJK-AJK baru bersama ahli KUP telah diadakan bertempat di Restoran Al-Madina Sarapgot,North Karachi pada jam 8 malam, 2hb Julai 2009.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pucuk pimpinan yang baru kepada setiap ahli. Selepas seminggu perlantikan baru, satu mesyuarat tergempar telah diadakan bertempat di GULF HOTEL. Upacara majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengerusi KUP yang baru sahaja dilantik. Dalam ucapan beliau telah menekankan supaya AJK - AJK serta ahli sentiasa peka akan perkembangan kelab dan sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain. Beliau juga telah membentangkan beberapa perkara penting demi kemajuan dan keutuhan kelab. Selepas ucapan Pengerusi KUP, seterusnya Bendahari yang baru dilantik telah membentangkan belanjawan dan baki wang yang dimiliki oleh kelab. Selepas itu disusuli pula penerangan ringkas mengenai Kelab Umno Pakistan yang baru yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Asri selaku Biro Penerangan. Majlis di akhiri dengan beramah mesra diantara AJK - AJK baru bersama ahli-ahli dan di ikuti jamuan yang telah di sediakan.