,

,


Sabtu, 5 disember 2009 seperti yang telah dijanjikn KUP telah menganjurkn 1 perlawanan bola persahabatan dengan semua warga Malaysia di Karachi bertempat di padang A.K.U Sports Centre, Karachi. Pada jam 8.45 pagi semua para hadirin dan peserta telah hadir. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Encik Lokman selaku ‘Vice Consul’ Karachi bersama anaknya Nabil dan anak ‘Consul Jeneral’ Karachi , Amir. Encik Shamsudin selaku warga Malaysia yang baru di Karachi turut hadir bersama 3 orang anaknya Nazif, Naim dan Nasrul bersama-sama mengambil bahagian menjadi peserta dalam perlawanan persahabatan bola sepak ini.




Tepat jam 9.00 pagi perlawanan dimulakan. Peserta telah dibahagikan dengan sama rata bersama ahli KUP kepada 2 team iaitu team Arsenal dan team Juventus. Perlawanan sengit yang berlangsung selama 45 minit itu diakhiri dgn seri 2-2 dan berhenti berehat bagi separuh masa pertama selama 15 minit.

Dalam masa rehat 15 minit tersebut saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP meminta Encik Lokman untuk memberi sepatah dua kata ucapan sebagai wakil dari Kedutaan Malaysia di Karachi yang hadir bagi menjayakan program ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada KUP kerana menganjurkan perlawanan persahabatan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakan semangat kesukanan bagi semua warga Malaysia di Karachi. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada semua para peserta yang menjayakan majlis ini. Dari majlis ini beliau berkata bahawa warga Malaysia di Karachi semuanya bersatu hati dalam apa jua program dan aktiviti yang dijalankan. Beliau sangat gembira kerana program yang jarang diadakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh KUP. Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti seperti ini dapat terus diadakan lagi bagi merapatkan ukhwah dan menyemarakkan semangat 1 Malaysia seperti yang sering di laungkan oleh Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.




Selepas 15 minit berlalu, perlawanan separuh masa kedua bermula. Semua peserta kembali memulakan perlawanan dengan lebih bersemangat dari ucapan yang telah diberikan oleh ‘vice consul’ sebentar tadi. Setelah 45 minit masa berlalu dan perlawanan persahabatan tersebut diakhiri dengan keputusan 5-2 dimenangi oleh team Arsenal.

Sesudah tamat perlawanan persahabatan tersebut, jamuan sarapan yang telah disediakan oleh KUP disantap oleh semua para hadirin dan peserta yang telah hadir pada majlis tersebut dengan rasa penuh muhibbah dan ukhwah diantara satu sama lain.

0 -KUP editor-:

Catat Ulasan