,

,
12/10/2009 09:55:00 PTG

MESYUARAT KUP BERSAMA AHLI KELAB

Posted by KUP 09/11

Pada malam kamis yang lepas bersamaan 3 November 2009 Kelab UMNO Pakistan telah mengadakan 1 mesyuarat bersama semua ahli kelab sesudah genap 4 bulan berada dibawah pimpinan KUP yang baru. Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Binoria, S.I.T.E, Karachi pada jam 7.30 malam. Majlis mesyuarat KUP itu telah dihadiri oleh semua AJK dan ahli KUP tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

Pembukaan majlis mesyuarat saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP telah membacakan doa pembukaan dan selanjutnya beliau menerangkan mengenai program-program yang telah KUP jalankan selama 4 bulan yang lalu. Beliau turut memberitahu tentang aktiviti-aktiviti bulanan yang akan dijalankan pada minggu selanjutnya iaitu perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi. Dalam masa yang sama beliau menerapkan nilai usaha dan kerjasama yang telah dipupuk oleh semua ahli moga sentiasa berpanjangan. Beliau merakamkan rasa amat berpuas hati dan berterima kasih pada semua AJK dan ahli KUP dengan pancapaian KUP dibawah pimpinan yang lebih jitu dan sistematik dimasa ini. Harapan beliau agar Kelab UMNO Pakistan akan lebih mantap dan maju di masa hadapan.


Lanjutan dari ucapan dan penerangan timbalan pengerusi KUP, saudara Mohd Faiz selaku bendahari KUP pula membentangkan belanjawan KUP dari bulan Julai hingga ke bulan Disember. Beliau telah menerangkan semua perbelanjaan yang telah dibuat pada aktiviti dan program-program yang telah dijalankan. Beliau turut menerangkan rangka belanjawan yang baru bagi perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi yang akan diadakan pada program yang akan datang.
Sesudah pembentangan belanjawan KUP saudara Ahmad Burhan salah seorang ahli KUP telah turut sama menyemak buku akaun KUP yang telah dicatit oleh bendahari KUP. Setelah selesai semua penerangan dan pembentangan majlis soal jawab dan ramah mesra antara AJK KUP dan ahli pula menyusul. Majlis mesyuarat di akhiri dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Asri selaku biro penerangan dan menyantap hidangan jamuan makan malam.

0 -KUP editor-:

Catat Ulasan