,

,
7/10/2009 04:29:00 PG

PERJUMPAAN KUP BERSAMA KONSULAT GENERAL MALAYSIA KARACHI

Posted by KUP 09/11


Majlis perjumpaan diantara AJK - AJK KUP bersama pegawai-pegawai Konsulat General Malaysia Karachi telah diadakan pada 9hb Julai 2009 jam 9 malam bertempat di Konsulat General Malaysia Karachi.Majlis dihadiri oleh semua AJK - AJK KUP yang baru.Manakala En.Lukman Sayuti(Vice Consul),En.Khalid Abdul Rahman(Consular & Immigration)dan En.Mohd. Rizal Yusof(Personal Assistant to Consul General)merupakan wakil dari Konsulat General Malaysia Karachi yang telah turut sama hadir di majlis tersebut.



Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa serta diikuti ucapan daripada Pengerusi KUP. Di dalam ucapannya beliau telah mengemukakan beberapa agenda penting yang menekankan mengenai kebajikan, kepentingan dan juga masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Pakistan.Antara agenda-agenda yang telah dikemukan oleh beliau ialah berkenaan masalah visa dan juga keselamatan pelajar-pelajar disini. Beliau juga telah membentangkan maklumat-maklumat terbaru mengenai program-program yang akan dijalankan dan butir-butiran pucuk pimpinan KUP yang baru. Selain itu juga, beliau selaku Pengerusi KUP yang baru,amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberi oleh pihak Konsulat General Malaysia Karachi selama ini. Beliau berharap supaya hubungan diantara KUP bersama pihak Konsulat sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T
Alhamdulillah, segala Cadangan dan pandangan yang telah dikemukan oleh Pengerusi KUP telah disambut baik oleh En.Lukman dalam ucapan beliau serta pegawai-pegawai yang lain. Pihak Konsulat juga menekankan agar konsep "SATU MALAYSIA" diterapkan didalam apa juga usaha, kerja mahupun dalam diri setiap individu warga Malaysia di Pakistan sama ada AJK-AJK KUP, ahli-ahli dan kakitangan disini. Beliau juga berkata, Pihak Konsulat akan sentiasa menyokong dan membantu sebaik mungkin bagi melaksanakan program-program yang akan dijalankan oleh KUP demi kebajikan, kebaikan dan kepentingan pelajar-pelajar dan juga rakyat Malaysia yang berada di Pakistan khususnya di Karachi.Majlis diteruskan dengan sesi dialog diantara AJK-AJK dan pegawai-pegawai dari pihak Konsulat. Majlis diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr dan jamuan ringkas yang telah disediakan oleh pihak Konsulat.

0 -KUP editor-:

Catat Ulasan