,

,
5/23/2012 01:51:00 PTG

Mesyuarat Ahli-ahli KUP

Posted by KUP 09/11

         3 Februari 2012, KUP mengadakan mensyuarat bersama ahli-ahli Kelab setelah sekian lama tidak mengadakan mesyuarat. Ini adalah mensyuarat kali pertama tahun ini dan juga mesyuarat pertama selepas kembalinya wakil kelab daripada Perhimpunan Agong UMNO di PWTC Malaysia.
       
          Setelah solat maghrib, lebih kurang 7.30 malam waktu Pakistan, sumua ahli-ahli Kelab berkumpul di Arena Kelab, Karsas karachi untuk bermain bowling bersama-sama semua ahli kelab. Sangat meriah suasana ketika itu kerana sudah lama ahli-ahli kelab tidak berkumpul bersama-sama untuk enjoy dan bersantai-santai sambil sembang-sembang isu semasa Pakistan, isu semasa UMNO Malaysia, peajaran dan sebagainya.


             10.00 malam, selesai permainan bowling, semua ahli kelab ke masjid berdekatan untuk solat isyak. Setelah itu kami bertolak ke Usmaniah Restoran untuk menjamu selera dan bermenyuarat. Buat pertamanya kali kami bertolak beramai-ramai menaiki lori yang lebih masyhur dengan nama SUZUKI di Pakistan kerana malam itu kami tidak mendapati teksi untuk ke sana. Walau bagaimanapun ianya adalah pengalaman yang menarik bersama rakan-rakan kelab.


             10.30 mlm, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fuad selaku Naib Pengerusi KUP. Antara agenda-agenda yang dibicarakan adalah tentang kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di PWTC Malaysia yang diwakili oleh saudara Mohd Ali Hanafiah selaku Pengerusi KUP dan pembentangan acara-acara tahunan yang bakal dilaksanakan dan diusahakan oleh ahli-ahli Kelab. Hampir satu jam mesyuarat dijjalankan, kami menjamu selera selepas pengakhiran mesyuarat. Doa penutup dan doa makan pula dibacakan oleh Ustaz Mohd Khairul Anuar selaku Naib Setiausaha KUP.

0 -KUP editor-:

Catat Ulasan