,

,
10/04/2009 06:39:00 PTG

Jamuan Aidilfitri KUP 09'

Posted by KUP 09/11







Pada sabtu, 3 OKT. 2009 bersamaan 13 syawal 1430 hijrah, jamuan Aidilfitri Kelab UMNO Pakistan 09' telah diraikan bersama ahli-ahli KUP, pegawai-pegawai Konsulat Malaysia serta warga Malaysia yang bermastautin di sini. Bertempat di Salt N' Pepper Village, dan jamuan bermula dari jam 8.30 pm sehingga 10.30 pm. Alhamdulillah jamuan yang dijalankan telah disambut dengan meriah.

Sehubungan itu, sebelum jamuan dimulakan, Saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan Pengerusi telah menyampaikan sepatah dua kata dan di ikuti bacaan doa oleh Biro Agama KUP. Jamuan diteruskan dengan menikmati juadah yang telah disediakan.

Dengan kesempatan ini, Kelab UMNO Pakistan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat Kelab UMNO Luar Negara dan seluruh rakyat Malaysia.Akhir kata, doakanlah kejayaan kami di perantauan ini. Ameeen.

9/16/2009 12:54:00 PG

SOLAT TERAWIH BERSAMA PUAN PENASIHAT ( KUP )

Posted by KUP 09/11






Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Puan Penasihat Kelab Umno Pakistan Puan Haniza Chinoy bersama suaminya Tuan Riyaz Towfiq Chinoy telah mengadakan solat terawih sepanjang bulan ramadhan bersama ahli-ahli KUP dan warga Malaysia yang berada di Pakistan. Puan Penasihat dan suaminya menitik beratkan malam-malam yang ganjil diakhir bulan Ramadhan. Maka dengan itu majlis pada 15 september 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 hijrah adalah tarikh khas yang ditentukan oleh beliau sempena hari yang ganjil, moga-moga ditemukan kami pada malam Lailatul Qadar Amin. Dengan kerjasama beliau majlis yang amat bermakna dibulan Ramadhan ini telah dihadiri oleh sebilangan ahli-ahli KUP, warga Malaysia serta ahli keluarga beliau yang terdekat.
KUP amat berbesar hati dan amat berterima kasih diatas pendekatan dan perhatian beliau terhadap pelajar-pelajar yang berada disini. Dengan adanya majlis sebegini mudah-mudahan akan mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar-pelajar juga warga Malaysia yang berada disini. KUP mendoakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dibawah rahmat Allah S.W.T.

KUP menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kesilapan kami.
"terima kasih daun keladi,jika sudi jemputlah kami lagi "

Akhir kata dari kami KUP mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, salam perantauan dari KUP.

8/21/2009 03:53:00 PTG

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Posted by KUP 09/11



KUP mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KULN, warga KUP dan semua ummat islam tidak kira berada dimana,semoga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t ameeen.

**Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

**Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.