Pada hari Ahad bersamaan 15 Mei 2011, KUP telah mengadakan sukaneka bersempena Hari Keluarga Malaysia 2011 di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi Pakistan. Pada asalnya kami ingin menyewa padang untuk mengadakannya tetapi setelah berbincang mengenai lokasi, kami menerima idea Encik Lukman Sayuti iaitu Konsul Muda di Konsulat Jeneral Malaysia untuk mengadakannya di Konsulat Jeneral Malaysia sahaja. Ternyanta ia idea yang sangat baik sekali kerana memudahkan persiapan dan kerja-kerja penyelenggaraan dan memudahkan juga rakyat Malaysia di sini untuk hadir kerana mereka semua mengetahui dengan baik sekali lokasi Konsulat Jeneral Malaysia di sini.
7.00 pagi pendaftaran dibuka. Ia dibuka untuk memudahkan kerja-kerja pembahagian permainan kerana permainan dibahagikan mengikut 4 kategori iaitu :
1) Kanak-kanak (lelaki & wanita)
2) Remaja (lelaki & wanita)
3) Dewasa (wanita)
4) Dewasa (lelaki)
Bagi setiap kategori, KUP menyediakan 2 permainan. AlhamduLILLAH, seramai 52 orang telah datang memeriahkan Hari Keluarga ini walaupun bulan ini adalah bulan peperiksaan. Terima kasih pada semua yang sudi hadir meluangkan masa memeriahkan Hari Keluarga ini. Kesemua yang hadir AlhamduLILLAH dapat mengambil bahagian dalam permainan yang disediakan. Tahniah juga kepada Muhammad Khalid dan Mohd Khairul Anuar kerana telah menjaga kaunter pendaftaran dan membuat pembahagian dan percaturan dengan baik.
8.00 pagi, program dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh MC, merangkap Pengerusi KUP (Mohd Ali Hanafiah) dan Tuan Konsul Jeneral Malaysia (Encik Mohd Khalid). Sejurus itu, perasmian oleh Tuan konsul Jeneral (En Mohd Khalid), diiringi isterinya (Puan Aniza), Pengerusi KUP (Mohd Ali Hanafiah), Konsul Muda (En Lukman) dan insterinya (Puan Juliah). Setelah itu, semua yang hadir dijamu dengan sarapan roti sandwich ala Pakistan. Untuk makluman, roti sandwich itu bukan ditempah, ianya dibuat sendiri oleh AJK KUP.
8.30 pagi, acara pertama dimulakan iaitu dari kategori kanak-kanak. Cari gula-gula dalam tepung dan Bawa bola pingpong dalam sudu. Ramai dikalangan kanak-kanak yang kurang memahami keterangan dari MC dan terpaksa diberi keterangan kali kedua oleh ibu, bapa, abang atau kakak mereka. Walau bagaimanapun ia sangat meriah dengan suara jerit-perit penonton-penonton apatah lagi dengan wajah kanak-kanak yang mencuit hati penonton dengan tepung yang memenuhi muka mereka.
Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan kategori remaja. Acara yang dipertandingkan untuk kategori remaja adalah Lari dalam guni dan Lari bersama tayar. Oleh kerana remaja sangat sedikit, dengan persetujuan AJK dan juga peserta-peserta, kami mengambil 3 peserta yang telah berdaftar dalam kategori dewasa untuk bermain di dalam kategori remaja. Umur mereka bertiga ini adalah didalam lingkungan 18-19 tahun, iaitu setahun melebihi umur yang ditetapkan untuk kategori remaja iaitu 13-17 tahun. Beruntung mereka bertiga kerana berpeluang bermain di dalam 2 kategori iaitu kategori remaja dan kategori dewasa.


Seterusnya adalah kategori dewasa (lelaki dan wanita). Untuk kategori wanita permainan yang dipertandingkan adalah Baling bola pingpong dalam baldi. Peserta diberi 2 minit untuk memasukkan seberapa banyak yang boleh bola pingpong kedalam baldi tetapi tidak boleh memasukkan bola terus kedalam baldi sebaliknya melantunkan bola tersebut sebelum memasukkannya. Ini adalah acara yang paling diminati oleh semua, dengan sorakkan anak-anak serta suami menggamitkan dan memeriahkan suasana permainan. Acara kedua adalah Bowling padang, ianya dipertandingkan untuk dewasa (wanita) dan juga dewasa (lelaki) tetapi secara berasingan. KUP meletakkan Bowling padang untuk kedua-dua kategori kerana majoriti rakyat Malaysia di sini meminati sukan Bowling. Yang menariknya adalah kerana peserta dikehendaki membuat balingan menggunakan buah kelapa. Lain yang dituju lain pula yang kena. Acara yang kedua untuk dewasa (lelaki) pula adalah Lari bersama tayar. 
Untuk permainan penutup, permainan secara berkumpulan diadakan. Tetapi ianya hanya terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa (lelaki) sahaja.Namun begitu, remaja (lelaki) diberi peluang untuk bermain bersama didalam acara berkumpulan dewasa (lelaki). Bagi kanak-kanak acara Membawa belon yang berisi air dan kepada dewasa (lelaki) pula acara Timbang bola takraw.



Lebih kurang 12.00 tengah hari permainan berakhir dan disusuli dengan penyampaian hadiah. KUP menjemput Encik Shah Irwan (CEO Malaysia Airlines di Pakistan) untuk menyampaikan hadiah bagi kategori kanak-kanak. Bagi kategori remaja pula, KUP menjemput Encik Lukman (Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia) untuk menyampaikan hadiah. Puan Aniza (isteri konsul Jeneral Malaysia) pula menyampaikan hadiah bagi kategori dewasa (wanita). Bagi kategori dewasa (lelaki) dan berkumpulan Encik Khalid (Konsul Jeneral Malaysia) dijemput untuk menyampaikan hadiah. Untuk cabutan bertuah bagi bayi dan keseluruhan, KUP menjemput Puan Penasihat KUP (Puan Haniza) untuk mencabut undi dan Tuan Konsul Jeneral menyampaikan hadiah. Sebelum bersurai KUP menjamu semua yang hadir dengan hidangan nasi lemak. Nasi lemak ini dimasak oleh Puan Juliah bersama-sama (AJK KUP).
Akhir kata, setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK KUP yang bertungkus-lumus menjayakan program ini iaitu Mohd Ali Hanafiah (Pengerusi KUP) selaku MC, Abdul Rahman (Penolong Setiausaha KUP), Habiburrahman (Bendahari KUP) dan Mohd Hashim selaku pengadil serta Mohd Khairul Anuar (Setiausaha KUP) dan Muhammad Khalid (Biro Agama)selaku penjaga kaunter pendaftaran. Terima kasih juga kepada Encik Lukman dan isterinya Puan Juliah serta keluarga yang banyak memberi bantuan. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada Puan Penasihat KUP (Puan Haniza) dengan nasihat, dorongan serta buah fikiran yang diberi. Semoga ALLAH membalas jasa baik anda semua. Ameeen...
MY CLOCK
++ILMI KHANAH++
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
++ANNAZAM++
++JOM CHAT++
++PELAWAT++
-
►
2009
(16)
- ► Julai 2009 (3)
- ► September 2009 (1)
- ► Oktober 2009 (1)
- ► November 2009 (2)
- ► Disember 2009 (5)
-
►
2010
(1)
- ► April 2010 (1)
++BERITA BARU++
++BERITA LAMA++
++PENGIKUT+++
,


Pada 4 April 2010 bersamaan hari ahad, ASEAN WOMEN CLUB telah mengadakan 1 megabazar yang diadakan di Royale Rodale, Defence, Karachi. Asean Women Bazar yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 5 petang itu telah dihadiri oleh semua negara-negara Asean di Karachi seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, China, Iran & Pakistan yang turut sama mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Asean Women Bazar telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian :-
1. Permainan kanak-kanak.
2. Jualan barangan tradisi tempatan.
3. Jualan makanan tradisi dari negara masing-masing.
Pihak KUP tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi mencari dana untuk menjanakan program kelab yang bakal dijalankan pada masa akan datang. KUP telah mengambil bahagian bersama Puan penasihat dibahagian makanan tradisi Malaysia. Encik Rizal selaku penolong peribadi Konsul Jeneral Malaysia mengambil bahagian di barangan tradisi melayu iaitu kain dan baju batik Malaysia. Manakala Puan Aini pula telah mengambil bahagian bersama Madam Jenny dan Madam Yasmin bagi makanan tradisi China. Inilah semangat 1 Malaysia yang telah kami pupukan di Karachi ini.

Tepat jam 12 tengah hari majlis bermula dan telah dibajiri dengan para pengunjung yang hadir berpusu-pusu untuk membeli belah sambil menikmati hidangan-hidangan tradisi dari pelbagai negara-negara Asia tenggara yang amat jarang didapati di Pakistan ini.

Pihak KUP dan Puan penasihat telah menjual 9 jenis makanan tradisi Malaysia iaitu satay dan kuah kacang, mee kari, kuih sagu, kacang botak, air soya, nasi lemak, nasi ayam, cucur kodok dan keropok ikan. Semua makanan tradisi Malaysia telah dapat menarik perhatian para pelanggan dan amat digemari oleh semua pendatang sama ada Asean, Arab maupun Amerika. Pelanggan-pelanggan yang mengecapi makanan tradisi tersebut amat terpesona dengan makanan tradisi dari Malaysia terutama sekali satay dan kuah kacang Malaysia.

Majlis terus berlangsung selama 5 jam. tepat jam 5 petang semua penjual bersiap-siap mengemas barang untuk pulang. Rata-rata semua para hadirin dan penjual berpuas hati dengan majlis megabazar tersebut.
"PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK KUP DAN WARGA MALAYSIA DIKARACHI"
Posted by KUP 09/11
Sabtu, 5 disember 2009 seperti yang telah dijanjikn KUP telah menganjurkn 1 perlawanan bola persahabatan dengan semua warga Malaysia di Karachi bertempat di padang A.K.U Sports Centre, Karachi. Pada jam 8.45 pagi semua para hadirin dan peserta telah hadir. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Encik Lokman selaku ‘Vice Consul’ Karachi bersama anaknya Nabil dan anak ‘Consul Jeneral’ Karachi , Amir. Encik Shamsudin selaku warga Malaysia yang baru di Karachi turut hadir bersama 3 orang anaknya Nazif, Naim dan Nasrul bersama-sama mengambil bahagian menjadi peserta dalam perlawanan persahabatan bola sepak ini.Tepat jam 9.00 pagi perlawanan dimulakan. Peserta telah dibahagikan dengan sama rata bersama ahli KUP kepada 2 team iaitu team Arsenal dan team Juventus. Perlawanan sengit yang berlangsung selama 45 minit itu diakhiri dgn seri 2-2 dan berhenti berehat bagi separuh masa pertama selama 15 minit.
Dalam masa rehat 15 minit tersebut saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP meminta Encik Lokman untuk memberi sepatah dua kata ucapan sebagai wakil dari Kedutaan Malaysia di Karachi yang hadir bagi menjayakan program ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada KUP kerana menganjurkan perlawanan persahabatan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakan semangat kesukanan bagi semua warga Malaysia di Karachi. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada semua para peserta yang menjayakan majlis ini. Dari majlis ini beliau berkata bahawa warga Malaysia di Karachi semuanya bersatu hati dalam apa jua program dan aktiviti yang dijalankan. Beliau sangat gembira kerana program yang jarang diadakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh KUP. Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti seperti ini dapat terus diadakan lagi bagi merapatkan ukhwah dan menyemarakkan semangat 1 Malaysia seperti yang sering di laungkan oleh Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.Selepas 15 minit berlalu, perlawanan separuh masa kedua bermula. Semua peserta kembali memulakan perlawanan dengan lebih bersemangat dari ucapan yang telah diberikan oleh ‘vice consul’ sebentar tadi. Setelah 45 minit masa berlalu dan perlawanan persahabatan tersebut diakhiri dengan keputusan 5-2 dimenangi oleh team Arsenal.
Sesudah tamat perlawanan persahabatan tersebut, jamuan sarapan yang telah disediakan oleh KUP disantap oleh semua para hadirin dan peserta yang telah hadir pada majlis tersebut dengan rasa penuh muhibbah dan ukhwah diantara satu sama lain.
