,

,
9/16/2009 12:54:00 PG

SOLAT TERAWIH BERSAMA PUAN PENASIHAT ( KUP )

Posted by KUP 09/11






Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Puan Penasihat Kelab Umno Pakistan Puan Haniza Chinoy bersama suaminya Tuan Riyaz Towfiq Chinoy telah mengadakan solat terawih sepanjang bulan ramadhan bersama ahli-ahli KUP dan warga Malaysia yang berada di Pakistan. Puan Penasihat dan suaminya menitik beratkan malam-malam yang ganjil diakhir bulan Ramadhan. Maka dengan itu majlis pada 15 september 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 hijrah adalah tarikh khas yang ditentukan oleh beliau sempena hari yang ganjil, moga-moga ditemukan kami pada malam Lailatul Qadar Amin. Dengan kerjasama beliau majlis yang amat bermakna dibulan Ramadhan ini telah dihadiri oleh sebilangan ahli-ahli KUP, warga Malaysia serta ahli keluarga beliau yang terdekat.
KUP amat berbesar hati dan amat berterima kasih diatas pendekatan dan perhatian beliau terhadap pelajar-pelajar yang berada disini. Dengan adanya majlis sebegini mudah-mudahan akan mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar-pelajar juga warga Malaysia yang berada disini. KUP mendoakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dibawah rahmat Allah S.W.T.

KUP menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kesilapan kami.
"terima kasih daun keladi,jika sudi jemputlah kami lagi "

Akhir kata dari kami KUP mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, salam perantauan dari KUP.

8/21/2009 03:53:00 PTG

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Posted by KUP 09/11



KUP mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KULN, warga KUP dan semua ummat islam tidak kira berada dimana,semoga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t ameeen.

**Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

**Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.





Perjumpaan Majlis tertinggi KUP bersama En. Mohd Idris Abu Nawas ( Counsellor High Commission of Malaysia ) diadakan sempena majlis suai kenal diantara beliau dan AJK-AJK tertinggi Kelab Umno Pakistan yang telah diadakan pada hari sabtu, 8 Ogos 2009 bertempat di Yung Tung Restoran jam 8 malam. Majlis dihadiri oleh En. Mohd Idris Abu Nawas bersama isteri. Manakala wakil AJK tertinggi KUP pula dihadiri oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan turut ditemani oleh AJK Biro bahagian sukan.

Beliau telah memberi sokongan yang positif pada kepimpinan KUP yang baru. Di samping itu beliau turut memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya kepimpinan baru KUP lebih peka terhadap ahli-ahli serta warga Malaysia, khususnya kepada para pelajar yang berada di Pakistan dan melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

KUP amat menghargai di atas kesudian beliau untuk sama-sama berganding bahu dalam memantau dan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar serta memastikan kebajikan para pelajar dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.