,

,
12/10/2009 09:55:00 PTG

MESYUARAT KUP BERSAMA AHLI KELAB

Posted by KUP 09/11

Pada malam kamis yang lepas bersamaan 3 November 2009 Kelab UMNO Pakistan telah mengadakan 1 mesyuarat bersama semua ahli kelab sesudah genap 4 bulan berada dibawah pimpinan KUP yang baru. Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Binoria, S.I.T.E, Karachi pada jam 7.30 malam. Majlis mesyuarat KUP itu telah dihadiri oleh semua AJK dan ahli KUP tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

Pembukaan majlis mesyuarat saudara Mohd Nuzul Faisal selaku timbalan pengerusi KUP telah membacakan doa pembukaan dan selanjutnya beliau menerangkan mengenai program-program yang telah KUP jalankan selama 4 bulan yang lalu. Beliau turut memberitahu tentang aktiviti-aktiviti bulanan yang akan dijalankan pada minggu selanjutnya iaitu perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi. Dalam masa yang sama beliau menerapkan nilai usaha dan kerjasama yang telah dipupuk oleh semua ahli moga sentiasa berpanjangan. Beliau merakamkan rasa amat berpuas hati dan berterima kasih pada semua AJK dan ahli KUP dengan pancapaian KUP dibawah pimpinan yang lebih jitu dan sistematik dimasa ini. Harapan beliau agar Kelab UMNO Pakistan akan lebih mantap dan maju di masa hadapan.


Lanjutan dari ucapan dan penerangan timbalan pengerusi KUP, saudara Mohd Faiz selaku bendahari KUP pula membentangkan belanjawan KUP dari bulan Julai hingga ke bulan Disember. Beliau telah menerangkan semua perbelanjaan yang telah dibuat pada aktiviti dan program-program yang telah dijalankan. Beliau turut menerangkan rangka belanjawan yang baru bagi perlawanan persahabatan bola sepak diantara KUP dan semua warga Malaysia di Karachi yang akan diadakan pada program yang akan datang.
Sesudah pembentangan belanjawan KUP saudara Ahmad Burhan salah seorang ahli KUP telah turut sama menyemak buku akaun KUP yang telah dicatit oleh bendahari KUP. Setelah selesai semua penerangan dan pembentangan majlis soal jawab dan ramah mesra antara AJK KUP dan ahli pula menyusul. Majlis mesyuarat di akhiri dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Asri selaku biro penerangan dan menyantap hidangan jamuan makan malam.

12/08/2009 03:08:00 PG

"PERLAWANAN BOWLING KUP BERSAMA AHLI KELAB"

Posted by KUP 09/11


3 Nov 2009 yang lalu KUP telah mengadakan 1 perlawanan bowling bagi semua AJK KUP dan ahli kelab bertempat di MARINA BOWLING CLUB, DEFENCE PHASE 51, KARACHI pada jam 4.00 petang. Majlis perlawanan tersebut dihadiri oleh semua AJK dan ahli KUP. Puan Haniza selaku puan penasihat KUP juga turut hadir pada hari perlawanan tersebut untuk memberi galakan dan sokongan padu atas program yang dijalankan.

Perlawanan bowling yang berlangsung selama 2 jam itu, telah dimenangi oleh saudara Abdul Rahman sebagai johan, manakala saudara Habiburrahman telah memenangi tempat yang kedua dan tempat ketiga dimenangi saudara Mohd Fuad selaku biro sukan KUP.

Sesudah tamat perlawanan, semua ahli dan AJK KUP bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dan sedia untuk pulang. Puan penasihat KUP yang turut sama hadir pada majlis tersebut melafazkan rasa berpuas hati dan gembira atas program yang dijalankan demi menyatukan ukhwah dan perpaduan diantara AJK KUP dan ahli kelab. Puan penasihat juga memberikan galakan dan sokongan supaya KUP sentiasa menjalankan program-program riadah seperti ini pada masa akan datang.

12/05/2009 02:32:00 PG

"SALAM AIDILADHA DARI KUP DIRANTAUAN"

Posted by KUP 09/11


Alhamdulillah di pagi yang hening pada 28 Nov yang lalu bersamaan 10 Zulhijjah 1430H sekali lagi bergema alunan takbir memuji kebesaran Allah S.W.T menandakan kebesaran pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s juga merupakan 1 perayaan yang disambut paling meriah bagi kami seluruh warga Malaysia di Pakistan.
Pada pagi hari tersebut semua pelajar dijemput untuk bertakbir dan solat Raya Aidiladha di Kedutaan Malaysia, Karachi. Setelah selesai solat, majlis jamuan yang telah disediakan oleh kaum-kaum ibu di Karachi disantap bersama oleh semua warga Malaysia yang hadir dengan penuh kesyukuran memperingati kebesaran Hari Raya Aidiladha.

Pada raya kedua bersamaan 11 Zulhijjah Puan Penasihat telah mengadakan sembelihan korban dan menjemput semua ahli KUP bergotong royong dan berkerja sama bagi menjayakan majlis rumah terbuka beliau di Defence, Karachi. Majlis tersebut dihadiri oleh semua ahli KUP dan juga kakitangan Kedutaan Malaysia, Karachi.

Pada raya keempat bersamaan 13 Zulhijjah bersamaan hari terakhir 'Ayamul Tashriq' Encik Lokman selaku 'Vice Consul' Malaysia, Karachi menjemput semua pelajar-pelajar datang ke majlis rumah terbuka beliau. Majlis berjalan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran sambil semua pelajar-pelajar dapat lebih beramah mesra&menjalikan ikatan bersama beliau sekeluarga.

Dikesempatan ini kami, semua ahli KUP menyusun 10 jari memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua warga Malaysia di seluruh Pakistan sama ada di Karachi maupon dimana jua.
Moga-moga Allah S.W.T sentiasa memelihara kesejahteraan kami. Amin.